Select Page

Aturcara Dubai & Abu Dhabi

 

 

Tarikh
Pesawat
Sektor
Waktu
Durasi
22 Jul 2016
SV 835
KUL – JED
1500 – 1820
12 Hari 10 Malam
25 Jul 2016
SV 594
JED – DXB
2015 – 2120
29 Jul 2016
SV 565
DXB – MED
1700 – 1955
01 Aug 2016
SV 828
MED – KUL
2110 – 1300+1

 

Hari
Destinasi
Aturcara Perjalanan
Hari Ke 01
22 Jul,
Jumaat
 
Kuala Lumpur Jeddah  Mekah
Jemaah di kehendaki berada di KLIA sekurang-kurangnya 4
jam  sebelum berlepas iaitu pada jam 2 petang. Berkumpul dikaunter K. Jemaah akan menaiki penerbangan Saudi Airlines dan dijangka tiba pada jam 9.20 malam.
Jemaah perlu bersiap sedia dengan pakaian Ihram dan akan berniat diatas kapal terbang-Qarnul Manazil – akan diumumkan oleh juruterbang. Setibanya di Lapangan Terbang Jeddah dan setelah selesai urusan Imigresen dan Kastam, para jemaah akan di sambut oleh wakil kami dan dibawa ke hotel
dengan menaiki bas dan seterusnya mendaftar masuk ke Hilton Tower@setaraf.  
Setelah berehat seketika jemaah di bawa untuk melakukan Ibadat umrah di pandu oleh Mutawif.
Hari Ke 02-03
23 – 24 Jul,
Sabtu – Ahad
Mekah
Jemaah bebas beribadat dan melakukan aktiviti sendiri.
Hari Ke 04
25 Jul,
Isnin
 
Jeddah
Dubai
Jemaah diminta mengumpulkan bagasi masing-masing di luar pintu bilik dan menyelesaikan Tawaf Wida’ pada jam yang ditetapkan oleh pegawai bertugas di Mekah dan bebas melakukan aktiviti sendiri sementara menunggu waktu dibawa ke Lapangan Terbang Jeddah dengan menaiki pesawat SV 594 ke Dubai. Durasi penerbangan selama 2 jam 55 minit.
Setibanya di Lapangan Terbang Dubai dan setelah selesai urusan Imigresen Dubai, jemaah akan dibawa ke hotel untuk urusan mendaftar masuk dan berehat di Holiday Inn Express Garhoud @ setaraf  . Bermalam di Dubai.
Hari Ke 05
26 Jul,
Selasa
Dubai
Selepas sarapan pagi di hotel jemaah di bawa ke Pantai Jumeirah dan Masjid Jemeirah. Melawat  di Burj al Arab untuk bergamabar (merupakan salah satu hotel mewah di dunia) dan melawat ke Burj Al Khalifa, bangunan yang tertinggi di dunia, disini jemaah berpeluang ke Observation Deck untuk melihat permandangan seluruh Bandar Dubai. Kemudian jemaah di bawa ke Istana Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum dan Museum untuk mengetahui lebih mendalam tentang sejarah UAE dan cultural meraka. Makan tengahari di di restoran tempatan.  Perjalanan diteruskan denagn menaiki Abra – taksi air untuk menyeberangi Dubai Creek dan boleh membeli belah di Spice and Gold Souq (bazaar). Pada sebelah petang, jemaah di bawa ke gurun dengan menaiki 4WD untuk melihat lanskap padang pasir yang indah dan melawat ke Safari Tour.   Kemudian  di bawa ke Khemah orang-orang Badwi di mana jemaah boleh menunggang unta, berinai dan melihat bagaimana kehidupandan tradisional orang-orang Badwi. Makan malam di restoran tempatan sambil melihat persembahan tradional mereka. Kembali ke hotel.
Hari Ke 06
27 Jul,
Rabu
Dubai
Abu Dhabi
Selepas sarapan pagi.jemaah dibawa ke  Abu Dhabi, perjalanan mengambil masa 1 1/2 jam. Setibanya di Abu
Dhabi, jemaah
di bawa
City Tour, iaitu Grand Sheikh Zayed Mosque dan dan makan tengahari di Crown Plaza Yas Island. Seterusnya jemaah dibawa melawat Ferrari World Abu Dhabi (tidak termasuk bayaran masuk) merupakan Taman Tema tertutup.  Berjenama Ferrari yang terbesar di
dunia dengan 20 permainan dan tarikan inspirasi dan koleksi mewah melebihi 30 kereta ferari vintaj dan kontemporariter dapat di sini. Setiap permainan di sini mengabungkan reka bentuk ferrari dan technology nya menawarkan pengalaman yang menarik dan interaktif. Ferrari World Abu Dhabi adalah tempat terkenal dan khusus di Pulau Yas, 2500 hektar khusus untuk percutian dan hiburan di sini. Kembali ke Dubai dan terus ke Dubai Creek untuk menaiki bot tradisional  (Dhow
Cruise)
untuk makan malam di atas bot. Kembali ke hotel.
Hari Ke 07
28 Jul,
Khamis
Dubai
Selepas sarapan pagi, jemaah dibawa ke bandar Sharjah,
merupakan bandar ke-3 terbesar selepas Dubai & Abu Dhabi.
Berhenti untuk bergambar di Quran Roundabout, dan
ke melawat Sharjah Corniche untuk melihat pemandangan bandar Sharjah.Kemudian jemaah dibawa melihat sejarah
islam di
 Sharjah Museum of Islamic Civilization dan  ke Islamic Market untuk membeli belah. Makan tengahari di restoran tempatan. Perjalanan diteruskan ke The Souq, pusat beli belah terbesar di Sharjah. Makan Malam di restoran
tempatan. Kembali ke hotel.
Hari Ke 08
29 Jul,
Jumaat
Dubai
Medinah
Selepas sarapan pagi di hotel, aktiviti bebas sehingga waktu untuk daftar keluar. Makan tengahari direstoran tempatan dan seterusnya ke Mosque Mall of Emirates. Kemudian jemaah  dibawa ke Lapangan Terbang Dubai bagi penerbangan DUBAI-MED SV 565 jam 8.00 malam. Jangka tiba di Madinah pada jam 9.40 malam. Selesai urusan bagasi & passport, jemaah akan disambut oleh Mutawif untuk menaiki bas menuju ke kota suci  Madinah. Daftar masuk ke Hotel Holiday Villa@setaraf.
Hari Ke 09 
30 Jul,
Sabtu
Medinah 
Ziarah Makam Rasulullah S.A.W
Selepas sarapan pagi,  jemaah lelaki dibawa ke masjid untuk solat berjemaah maghrib & isyak secara berjemaah (jamak takhir), kemudian jemaah akan dibawa ziarah ke Makam
Rasulullah S.A.W
, manakala jemaah wanita setelah selesai melaksanakan solat jamak takhir, memadai hanya memberi salam kepada Rasulullah S.A.W ditempat jemaah bersolat. Pada sebelah petang jemaah bebas beribadat dan melakukan aktiviti sendiri.
Hari Ke 10
31 Jul,
Ahad
Medinah
Ziarah Luar
– Ziarah Raudhah
Jemaah akan dibawa menziarahi beberapa tempat bersejarah di kota Medinah seperti Masjid Quba,  Ladang kurma, Jabal Uhud, Masjid Qiblatain-lalu sahaja, dan akhir sekali ke  Masjid Tujuh-lalu sahaja di pandu oleh Mutawif kami disana.
Para jemaah akan dibawa untuk memasuki Raudhah pada waktu malam (sila rujuk mutawif bertugas untuk maklumat tepat).
Hari Ke 11
01 Ogos,
Isnin
Medinah
-Ziarah Wida’
Medinah – Mekah
Pada sebelah pagi, jemaah akan dibawa untuk melaksanakan ziarah dalam ke Perkuburan Baqi’ dan ziarah wida’. Jemaah diminta mengumpulkan bagasi masing-masing di luar pintu bilik pada jam yang ditetapkan oleh pegawai bertugas di Medinah dan bebas melakukan aktiviti sendiri sementara menunggu waktu dibawa ke Lapangan Terbang Medinah untuk pulang ke Kuala Lumpur menaiki SV 828 pada pukul 9.40 malam.
Hari Ke 12
02 Ogos,
Selasa
Kuala Lumpur
Jemaah dijangka tiba di Kuala Lumpur sekitar jam 1.00 petang.InsyaAllah.
Servis Tamat
HARGA HALFBOARD (sarapan pagi sahaja di Mekah)
Harga Pakej :  DEWASA

Bilik Berempat : RM6,690 I Bilik Bertiga : RM 6,890I  Bilik Berdua : RM 7,590

HARGA FULLBOARD (makan di Mekah termasuk)
Harga Pakej :  DEWASA
Bilik Berempat : RM 7,390 I Bilik Bertiga : RM7,590 I  Bilik Berdua : RM 8,290
Penginapan
Mekah
Hilton Tower @ setaraf / bertaraf 5 bintang / 50 meter
ke Masjidil Haram
Dubai
Holiday Inn Express Garhoud @ setaraf / bertaraf 4
bintang
Medinah
Hotel Holiday Villa @ setaraf / bertaraf 5 bintang /
120 meter ke Masjid An Nabawi
Harga Termasuk
Tiket Penerbangan pergi balik KUL-JED-DXB-MED-JED kelas ekonomi Saudi Airlines
Cukai L/Terbang & Insuran Kapalterbang.
Permohonan Visa Umrah Transit
Penginapan di Mekah 3 malam, Dubai 4 malam,  Madinah 3 malam.
Makan & Minum 3 kali
sehari Madinah & Dubai. Mekkah sarapan pagi sahaja.
Pengangkutan Darat Berhawa Dingin (seperti aturcara) di Arab Saudi & Dubai.
Lawatan / Ziarah seperti aturcara.
Perkhidmatan Mutawif di Mekah & Madinah
Pemandu Pelancong di Dubai & Abu Dhabi.
Insuran perjalanan.
Tips untuk angkat bag.
1 botol air mineral setiap hari di Dubai & Abu Dhabi.
Tippings untuk Guide di Dubai .
Harga Tidak Termasuk
Bayaran masuk ke World Ferrari USD 65
Lawatan Tambahan yang tiada di dalam aturcara.
Excess Baggage ( lebihan bagasi )
Cenderamata
1 Beg bimbit
1 Beg passport
1 Beg ‘Woven’
1 Buku Panduan
Mengerjakan Umrah & Ziarah.
5-Liter Air Zam-Zam.
Aturcara perjalanan / hotel /harga adalah tertakluk kepada sebarang perubahan yang akan dimaklumkan oleh petugas WSTT di Kuala Lumpur & Saudi.