Select Page

Aturcara Amman & Baitulmaqdis

 

Tarikh
Pesawat
Sektor
Waktu
Durasi
17 OCT 2016
SV 835
KUL-JED
1800-2120
11 hari 09 malam
20 OCT 2016
SV 639
JED-AMM
2005-2215
24 OCT 2016
SV 630
AMM-MED
1400-1545
26 OCT 2016
SV 828
MED-KUL
2110-1300+1
Hari Ke 01
17 Oct,
Isnin
Kuala Lumpur
Jeddah Airport
Mekah
Jemaah di kehendaki berada di KLIA sekurang-kurangnya 4 jam  sebelum berlepas iaitu pada jam 2 petang.  Berkumpul dikaunter K. Jemaah perlu bersiap sedia dengan pakaian Ihram dan akan berniat diatas kapal terbang-Qarnul Manazil – akan diumumkan oleh juruterbang. Setibanya di Lapangan Terbang Jeddah dan setelah selesai urusan Imigresen dan Kastam,
para jemaah akan di sambut oleh wakil kami dan dibawa ke hotel dengan menaiki bas dan seterusnya mendaftar masuk ke Hiton Tower @ setaraf.
Setelah berehat seketika jemaah akan di bawa untuk melakukan Ibadat umrah di pandu oleh Mutawif.
Hari Ke 02-03
18-19 Oct,
Selasa-Rabu
Mekah
Jemaah bebas beribadat dan melakukan aktiviti sendiri.
Hari Ke 04
20 Oct,
Khamis
Mekah –
Jeddah Airport – Amman Airport
Jemaah diminta mengumpulkan bagasi masing-masing di luar pintu bilik dan menyelesaikan Tawaf Wida’ pada jam yang ditetapkan oleh pegawai bertugas di Mekah dan bebas melakukan aktiviti sendiri sementara menunggu waktu dibawa ke Lapangan Terbang Jeddah
untuk meneruskan perjalanan ke Amman. Dengan menaiki pesawat SV 639 pada jam 8.05 malam dari Jeddah ke Amman. Perjalanan mengambil masa 2 jam 15 minit.
Setiba di lapangan terbang Amman dan setelah selesai urusan Imigresen, para jemaah akan dibawa ke hotel untuk daftar masuk dan berehat. Bermalam di Amman.
Hari Ke 05
21 Oct,
Jumaat
Amman – Baitulmaqdis
– Jericho
Selepas sarapan pagi di hotel, daftar keluar untuk perjalanan ke Baitulmaqdis dan terus ke King Hussein Bridge (sempadan Jordan) dan setelah selesai urusan perlepasan anda dibawa ke Allenby Bridge untuk memasuki sempadan Israel dan terus di bawa menikmati pemandangan indah dari pergunungan Olives. Sambil makan tengah hari di restoran tempatan. Lawatan diteruskan ke Maqam Rabiatul Adawiyah, solat jamak di Masjid Salman Al Farisi. Perjalanan diteruskan pula ke sekitar kawasan Old City seperti The Dome Rock, The Wailing Wall dan The Holy Sepulcher. Daftar masuk dan makan malam di hotel. Siap sedia untuk solat jamak di Masjid Al Aqsa. Bermalam di Baitulmaqdis.
Hari Ke 06
22 Oct,
Sabtu
Baitulmaqdis
– Hebron – Bethlehem – Baitulmaqdis
Selepas sarapan pagi di hotel, perjalanan diteruskan ke Hebron, disini jemaah akan dibawa
melawat  Alharam Al Abrahimi dan solat  di Masjid  Al Ibrahimi, jemaah berpeluang melawat Maqam Nabi Ibrahim Alaihi Salam dan isterinya Siti Sarah. Makan tengahari di restoran tempatan. Seterusnya dibawa melawat ke Bathlehem tempat kelahiran Nabi Issa A S. Kembali ke Hotel untuk makan malam dan berehat.
Bermalam di Baitulmaqdis.
Hari Ke 07
23 Oct,
Ahad
Baitulmaqdis
– Laut Mati –
Gua Ashabul Kahfi – Amman
Selepas sarapan pagi di hotel, daftar keluar hotel, kemudian terus dibawa ke Allenby Bridge untuk kembali ke Amman, setibanya di Amman jemaah akan dibawa ke Maqam Nabi Shuib & Maqam Nabi Yusha. Kemudian ke Laut mati iaitu merupakan titik terendah dunia, makan tengah
hari di restoran tempatan. Lawatan diteruskan ke Gua Ashabul Kahfi yang mengingatkan kisah tentang 7 orang pemuda yang ditidurkan oleh Allah SWT kerana melarikan diri daripada Raja yang zalim.  Seteusnya jemaah dibawa ke King Abdullah Mosque (Blue Moosque) untuk solat jamak. Kemudian jemaah dibawa melawat di sekitar Amman seperti kota lama & kota baru, disini jemaah akan meneroka dan menikmati
pemandangan bandar yang menarik. Makan malam di restoran tempatan. Daftar masuk hotel berehat. Bermalam di Amman.
Hari Ke 08
24 Oct,
Isnin
 Amman  –Madinah
-Ziarah Raudhah
Selepas sarapan pagi & daftar keluar, jemaah akan dibawa ke Lapangan Terbang Amman untuk  penerbangan ke Madinah, dengan menaiki
pesawat SV 630 pada jam 2.00 petang dari Amman ke Madinah. Perjalan mengambil masa selama 1 jam 45 minit.  
Setibanya di Lapangan
Terbang Medinah
pada pukul 3.45 petang, setelah selesai urusan Imigresen dan Kastam, para jemaah akan di sambut oleh wakil kami dan dibawa ke hotel dengan menaiki bas dan seterusnya mendaftar masuk ke
 Hotel Holiday Villa @ setaraf.  Para jemaah akan dibawa untuk memasuki Raudhah pada waktu malam
* (sila rujuk mutawwif bertugas untuk maklumat masa yang tepat).

 

Hari

Destinasi

Aturcara Perjalanan

Hari Ke 09
25 Oct,
Selasa
Medinah
 Ziarah Luar
Medinah
– Ziarah Dalam
Jemaah akan dibawa menziarahi beberapa tempat bersejarah di kota Medinah seperti Masjid Quba, Jabal Uhud, Masjid Qiblatain-lalu sahaja, Masjid Tujuh-lalu sahaja dan akhir sekali ke  Ladang kurma di pandu oleh Mutawwif kami disana.
Jemaah akan dibawa Ziarah Dalam seperti Perkuburan Baqi, Makam Rasulullah S.A.W di pandu oleh Mutawwif pada sebelah petang.
Hari Ke 10
26 Oct,
Rabu
Medinah Airport
Jemaah diminta mengumpulkan bagasi masing-masing di luar pintu bilik pada jam yang ditetapkan oleh pegawai bertugas di Medinah dan bebas melakukan aktiviti sendiri sementara menunggu waktu dibawa ke Lapangan Terbang Medinah untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Hari Ke 11
27 Oct,
Khamis
Kuala Lumpur
Jemaah dijangka tiba di Kuala Lumpur sekitar jam 1.00 petang.InsyaAllah.
Servis Tamat
HARGA HALFBOARD (di mekah : sarapan pagi sahaja)
Harga Pakej :  DEWASA
Bilik Berempat : RM 7,900 I Bilik Bertiga : RM 8,290
Bilik Berdua : RM 8,890
 
HARGA FULLBOARD (makan & minum 3 kali sehari : sepanjang aturcara)
Harga Pakej :  DEWASA
Bilik Berempat : RM 8,700 I Bilik Bertiga : RM 8,900
Bilik Berdua : RM 9,500
Penginapan
Mekah
Hilton Tower @ Elaf Kinda @ setaraf / bertaraf 5 bintang / 50 meter ke Masjidil Haram
Amman
Ocean Hotel @ Similar Hotel / bertaraf 3 bintang
Baitulmaqdis
Victoria Hotel @ Capital Hotel / bertaraf 3 bintang
Medinah
Hotel Holiday Villa @ setaraf / bertaraf 5 bintang / 120 meter ke Masjid An Nabawi
Harga
Termasuk
§Tiket Penerbangan pergi balik KUL/JED/AMM/MED/KUL
kelas ekonomi. Saudi Airline
§Cukai L/Terbang & Insuran Kapalterbang.
§Permohonan Visa Transit.
§Visa di Jerusalem
§Visa di Jordan USD 15
§Cukai perlepasan di sempadan Jordan dan Israel (Departure tax )
USD 85
§Penginapan di  Mekkah 3 malam / Amman 2 malam / Baitulmaqdis
2 malam /  Medinah 2 malam
§Makan & Minum 3 kali sehari (sepanjang aturcara).
§Pengangkutan Darat (seperti aturcara) di Arab Saudi / Jordan &
Baitulmaqdis
§Lawatan / Ziarah seperti aturcara.
§Perkhidmatan Mutawif.
§Insuran perjalanan. ( Kurnia Care Travel 1-70 tahun ) kecuali Israel.
§Tips untuk angkat bag
§Tips untuk tour guide dan pemandu di Amman dan Jerusalem.
(USD 50 seorg )
Harga Tidak Termasuk
§ Lawatan Tambahan yang tiada di dalam aturcara.
§ Excess Baggage ( lebihan bagasi )
Cenderamata
§ 1 Beg bimbit
§ 1 Beg passport
§ 1 Beg ‘Woven’
§ 1 Buku Panduan Mengerjakan Umrah & Ziarah.
§ 5-Liter Air Zam-Zam.
Nota :  Aturcara perjalanan / hotel / harga adalah tertakluk kepada sebarang perubahan yang akan dimaklumkan oleh petugas WSTT di Kuala Lumpur & Saudi.