UMRAH-HAJI.com

WIRA SAUJANA Travel & Tours Sdn Bhd

Image result for wira saujana travel & tours
Wira Saujana Travel & Tours Sdn Bhd adalah sebuah agensi pelancongan yang mengendalikan Pakej Umrah, Pakej Haji, dan Pakej Pelancongan Muslim dan lain – lain. Ditubuhkan pada 4hb Julai 1988 dan berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Kementerian Kewangan Malaysia, International Air Transport Association (IATA), Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATTA) dan juga Persatuan Agensi Pelancongan Bumiputra Malaysia (BUMITRA).
Kami juga adalah salah satu daripada 18 syarikat pengelola jemaah haji (pjh) yang berdaftar dengan Lembaga Tabung Haji . Di atas kepercayaan & sokongan yang diberikan oleh pelanggan Wira Saujana yang dikasihi, alhamdulillah kami telah berjaya beroperasi lebih daripada 25 tahun dalam industri ini.
Pakej umrah yang kami kendalikan hanya menggunakan penerbangan Saudi Airlines, terus ke Madinah atau Jeddah. Serius sebagai pengelola pakej umrah, kami telah menandatangani kontrak dengan syarikat International Traveller, iaitu muassasah kami di Tanah Suci. Adalah kelebihan kepada syarikat yang bernaung dengan muassasah, kerana kami boleh menguruskan permohonan visa umrah terus dengan Kementerian Haji Arab Saudi dan juga Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur.
Alhamdulillah, selama 2 tahun (2012 – 2013) kami telah memajak hotel Nada Deafah di Mekah yang terletak hanya 180 meter ke Masjidil Haram.Ini adalah di antara komitmen kami dalam menyediakan penginapan yang dekat dan selesa kepada para tetamu Allah baik untuk pakej umrah, mahupun pakej haji.
Untuk penginapan di Madinah, kami secara konsisten menggunakan hotel Anwar Al-Madinah Movenpick sepanjang beroperasi sebagai pengelola pakej umrah & haji. Hotel terbesar di Arab Saudi ini bertaraf 5 bintang dan terletak hanya 20 meter sahaja dari
Masjid Nabawi.
WIRA SAUJANA TRAVELS & TOURS SDN BHD
Co. No 171685 – M
16-1A Jalan Medan Batu Caves 1
Taman Medan Batu Caves

68100 Batu Caves, Selangor

Leave a Reply