UMRAH-HAJI.com

HANIFF TRAVEL SERVICES SDN BHD

TERMA DAN SYARAT PAKEJ UMRAH 2016
 
BAYARAN
  1. Setelah bersetuju untuk memilih pakej yang dikehendaki dari HANIFF TRAVEL, bayaran deposit RM1,000 hendaklah diserahkan / dibank-in ke dalam akaun Bank Islam (M) Berhad iaitu BIMB 05076010003230 PERINGATAN!!! Sebarang tranksaksi tunai melalui ejen adalah menyalahi Akta Industri Pelancongan 1992
  2. Bukti pembayaran perlu diserahkan sama ada melalui email, pos atau datang terus ke pejabat HANIFF TRAVEL.
  3. Bayaran penuh hendaklah dibuat 45 hari sebelum tarikh penerbangan.  Bayaran boleh dibuat ke akaun seperti yang tertera di atas.  Kegagalan untuk mematuhi syarat ini boleh mengakibatkan pembatalan penempahan dan perlucutan deposit.
  4. Pihak HANIFF TRAVEL berhak untuk meminta bayaran 70% dari harga Pakej sekiranya diperlukan untuk pengeluaran tiket, deposit hotel dan sebagainya pada bila-bila masa selepas bayaran deposit dibuat.

 

DOKUMEN VISA (Hendaklah diserahkan 6 MINGGU sebelum tarikh penerbangan)
  1. Pasport antarabangsa yang mempunyai tempoh sahlaku melebihi 6 bulan pada tarikh berlepas serta sekurang-kurangnya mempunyai 4 muka surat kosong.
  2. Salinan Kad Pengenalan
  3. Sijil Suntikan MININGGOCOCAL (ACYW135) – Kemudahan suntikan disediakan oleh Klinik Swasta.
  4. Salinan sijil Nikah ( bagi wanita yang bermahramkan suami) (cop di Jabatan Agama & Wisma Putra)
  5. Salinan sijil kelahiran (bagi wanita yang bermahramkan bapa/lelaki bawah 18 tahun bermahramkan bapa) (cop di Jabatan Pendaftaran Negara & Wisma Putra)
  6. Salinan akuan (bagi wanita atau lelaki (18 tahun ke bawah) yang pergi tanpa mahram (Cop Pesuruhjaya sumpah)
  7. Salinan kad pengenalan suami & sijil nikah (Cop di Jabatan Agama & Wisma Putra)
  8. Salinan surat kelahiran jemaah & surat salinan kad pengenalan bapa (cop di Jabatan Pendaftaran Negara & Wisma Putra)
  9. Salinan kad pengenalan & surat kelahiran anak lelaki (umur atas 18 tahun)
  10. Salinan surat kelahiran jemaah & sijil kelahiran serta kad pengenalan adik beradik lelaki
  11. 3 Keping gambar (visa umrah) berwarna mengikut syarat-syarat dibawah: 
    1.  Berukuran penuh 6 sm x 4 sm, dan saiz wajah iaitu 4 sm x 3 sm, hendaklah berlatar belakang warna putih.
    2. Bagi lelaki tidak boleh memakai songkok / kopiah / topi
    3. Bagi Wanita hendaklah memakai tudung berwarna gelap
  1. 12 Kursus umrah PERCUMA akan disediakan seawall 3 – 4 minggu sebelum musim umrah bermula (Maklumat akan dimaklumkan dari masa ke semasa)

PEMBATALAN PAKEJ
 
Tertakluk kepada peruntukan Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992, HANIFF TRAVEL berhak untuk mengenakan bayaran minima caj servis RM50.00 bagi setiap pembatalan pakej dan :
  •  Bayaran visa penuh, sekiranya urusan visa telah dibuat
  • Surcaj / deposit tiket, sekiranya penempahan tiket telah dibuat.
  • Surcaj hotel, sekiranya penempahan hotel telah di buat.
  • Bayaran RM200.00 sekiranya beg atau buku panduan umrah tidak dipulangkan dalam keadaan sempurna
  • Caj pembatalan seperti peruntukan 3, jadual keempat akta industri pelancongan 1992
    (Pendahuluan RM1,000 tidak dipulangkan sekiranya pembatalan kurang 45 hari dari
    tarikh pakej)
HANIFF TRAVEL SERVICES SDN BHD
NO 79A, JALAN TIMUR 6/1B
TIMUR @ ENSTEK
71760 BANDAR ENSTEK

 NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Tinggalkan Balasan