PENGENALAN TRAVEL AGENT TERPILIH DALAM WEB MARKETING INI
1.Muhammadiyah Travel & Tours Sdn. Bhd
Telah ditubuhkan pada 23 March 2007 dan merupakan syarikat di bawah naungan Persatuan Muhammadiyah. Di Singapura, Persatuan Muhammadiyah ini merupakan persatuan kebajikan di mana banyak membantu mereka yang memerlukan dan tertubuhnya Muhammadiyah Travel & Tours Sdn. Bhd ini juga sedikit sebanyak membantu persatuan ini dan juga persatuan-persatuan kebajikan lain di Malaysia. Walaupun Muhammadiyah Travel & Tours merupakan syarikat perlancongan yang baru sahaja ditubuhkan di Malaysia, kebanyakan perneraju utama dan pekerja mempunyai banyak pengalaman dalam bidang perlancongan ini dan sedikit sebanyak membantu mengkomersialkan lagi produk-produk dan juga perkhidmatan yang ditawarkan.
Muhammadiyah Travel & Tours Sdn Bhd adalah ajen berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Kementerian Kewangan dan juga Malaysian Association of Tour & Travel Agents (MATTA) dan ianya juga merupakan ajen yang berdaftar dengan IATA.
Perkhidmatan dan produk-produk yang ditawarkan oleh agensi kami adalah lebih kepada umrah dan ziarah di mana kami mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam menguruskan perkhidmatan ini walaupun baru ditubuhkan secara rasmi di Malaysia.
(Carta Organisasi Syarikat).
Perkhidmatan kami lebih fokus kepada umrah & ziarah kerana kami mempunyai jalinan kerjasama yang kukuh dan telah membuat perjanjian bersama dengan syarikat yang terlibat dalam perkhidmatan yang ingin kami tawarkan seperti pengangkutan, catering dan juga hotel-hotel di makkah. Dari segi pengurusan, pihak kami sendiri yang menguruskan segala perkhidmatan tersebut. Tumpuan pada umrah dan ziarah tidak bermakna kami tidak menawarkan khidmat dan produk yang lain. Seiring dengan umrah dan ziarah kami juga menawarkan pakej-pakej seperti pelancongan di dalam dan di luar Negara mengikut permintaan. Di masa akan datang, InsyaaAlah dengan izin Allah S.W.T, Muhammadiyah Travel & Tours akan mempunyai sistem pengangkutan sendiri di Malaysia dan juga penyediaan pakej haji oleh pihak kami sendiri.
TUJUAN
- Menawarkan perkhidmatan seperti perkhidmatan Jeddah ke Jeddah, Katering di Kota Suci Makkah dan juga pengangkutan di Arab Saudi dengan tawaran harga yang berpatutan.
- Menyediakan perkhidmatan mengikut permintaan, tidak hanya pada golongan individu tertentu, tetapi juga kepada badan kerajaan dan swasta contohnya untuk tempahan tiket dan hotel, team building, incentive trip, makan malam dan sebagainya dan juga kepada persatuan-persatuan yang ingin mengeratkan silaturrahim sesama ahli.
- Memberi peluang kepada warga emas yang tidak berpeluang untuk melakukan umrah dengan setiap 40 jemaah ke atas yang ingin menunaikan umrah, Insya Allah kami akan beri peluang seorang daripada warga emas dari Rumah Kebajikan atau rumah Orang-Orang Tua.
- Selain menawarkan perkhidmatan dan produk-produk yang diperlukan, objektif penubuhan Muhammadiyah Travel & Tours ini sedikit sebanyak membantu dalam peningkatan ekonomi Negara, juga memeriahkan industri pelancongan Negara di mana pelanggan mempunyai banyak pilihan untuk menggunakan perkhidmatan berkaitan dengan pelancongan.
- Menggalakkan Ummah untuk melakukan dan melaksanakan Umrah serta Haji kerana keutamaan kami adalah terhadap perkhidmatan ini.
InsyaAllah dengan izin Allah S.W.T, segala keuntungan yang kami perolehi, akan disalurkan sebagai dana bagi membantu mereka yang memerlukan. Ini merupakan objektif terbesar kami, walaupun kelihatan seperti badan kebajikan, tetapi bagi kami sedikit sebanyak, pelanggan yang menggunakan khidmat kami ini secara tidak langsung juga melakukan kebajikan yang tersirat.
Klik Sini Untuk Pakej Umrah Muhammadiyah Travel & Tours Sdn Bhd
2. ![]()
Kami Merupakan sebuah syarikat pelancongan Bumiputra yang beroperasi di Kota Bharu dan Kuala Lumpur.
- Menawarkan pakej umrah & haji serta pakej pelancongan domestik dan antarabangsa.
- Pelanggan kami tediri dari pelbagai negeri di Malaysia dan pelbagai golongan masyarakat.
ASH-HAR telah dianugerahkan Lesen Pengelola Jemaah Haji oleh Lembaga Tabung Haji untuk perkhidmatan Pakej Haji Kaedah TH Swasta.
![]()
ASH-HAR telah ditubuhkan pada 3 Mac 1994 oleh Tuan Haji Ahmed Shukri b Haji Ab Rahman yang juga merupakan Pengarah Urusan ASH-HAR. Selain itu, beliau juga merupakan Pengetua atau ‘Mudir’ di sebuah sekolah agama rakyat bernama Madrasah Muhammadiah yang terletak di Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan, dan telah mendapat pendidikan M.A dari Universiti Islam Mekah.Pengalaman beliau selama 12 tahun di Timur Tengah disamping menguruskan jemaah-jemaah haji dan juga penglibatan dalam persatuan pelajar sepanjang tempoh tersebut merupakan aset penting ke arah penubuhan dan kejayaan ASH–HAR Travel & Tours Sdn. Bhd.
Misi KamiMisi utama penubuhan ASH-HAR ialah untuk menterjemah pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki oleh Pengarah Urusan syarikat dan hasil daripada pendapatan ASH-HAR sebahagiannya akan disumbangkan kepada Sekolah Agama Rakyat Madrasah Muhammadiah untuk membiayai perbelanjaan pembangunan dan penyelenggaraan yang mana pada masa ini, perbelanjaan tersebut ditanggung melalui hasil sumbangan sedekah jariah daripada orang ramai.
Adalah diharapkan dengan tertubuhnya ASH-HAR ini akan dapat sedikit sebanyak membantu membangunkan sekolah agama rakyat Madrasah Muhammadiah secara pendidikan pondok yang lebih bermakna dalam membentuk pembangunan ummah yang bersepadu.
Klik Sini Untuk Pakej Umrah Ash-Har Travel & Tours Sdn Bhd
3. Syarikat Wira Saujana Travel & Tours Sdn. Bhd. (WSTT)
Sebagai sebuah agensi perlancongan yang mengendalikan Pakej Umrah, Perlancongan Muslim dan lain-lain. Kami adalah syarikat berdaftar di bawah Kementerian Perlancongan & Kementerian Kewangan Malaysia. Bergiat aktif dalam MATTA ( Persatuan Agensi-Agensi Perlancongan & Pengembaraan Malaysia) dan Bumitra (Bumiputra Travel and Tours Association). Selain itu, kami juga menguruskan sistem tiket di bawah kelolaan ABACUS Sistem dan Pembelian Tiket secara online. Di atas kepercayaan & sokongan yang diberikan oleh pelanggan Wira Saujana yang dikasihi, kami telah berjaya beroperasi lebih dari 20 tahun dan telah menerokai pelbagai destinasi menarik di seluruh dunia.
Haji
Syarikat Wira Saujana Travel & Tour juga mengendalikan pakej haji dibawah naungan TM Tour & Travel Sdn. Bhd. Kami berpengalaman lebih 5 tahun dalam menguruskan jemaah haji. Selain dari itu, kami juga mengendalikan hotel sendiri di Makkah dan Madinah.
Untuk keselesaan para jemaah kami menyediakan 1 petugas bagi setiap 50 jemaah dan 1 petugas tetap iaitu Encik Syed Lokman. Selain dari pengurusan hotel, pihak kami juga menggunakan khidmat katerer berlesen dan menyediakan masakan ala melayu.
|
Nama Syarikat
|
:
|
Wira Saujana Travel & Tour Sdn. Bhd. |
|
Alamat
|
:
|
16-1A, Jalan Medan Batu Caves 1, Taman Medan Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor. |
|
Tarikh Penubuhan
|
:
|
04 July 1988 |
|
Lesen
|
:
|
Berdaftar di bawah Kementerian Perlancongan Malaysia, Kementerian Kewangan Malaysia, MATTA, BUMITRA, IATA |
|
Modal Berbayar
|
:
|
RM 500,000.00 |
|
Akaun Bank
|
:
|
CIMB Bank – Akaun no: 1412-0003-5280-59 |
|
Produk/ |
:
|
Umrah, Haji, Perlancongan Muslim, Dalam & luar negara, Penempahan tiket |
|
Jumlah Kakitangan
|
:
|
12 Pekerja di Malaysia dan 3 Pekerja di Arab Saudi sebagai Mutawif |