ASH-HAR Travel

ASHHAR

title

ASH-HAR Travel & Tours Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pelancongan Bumiputra yang beroperasi di Kota Bharu dan Kuala Lumpur.

  • Menawarkan pakej umrah & haji serta pakej pelancongan domestik dan antarabangsa.
  • Pelanggan kami tediri dari pelbagai negeri di Malaysia dan pelbagai golongan masyarakat.
ASH-HAR telah dianugerahkan Lesen Pengelola Jemaah Haji oleh Lembaga Tabung Haji untuk perkhidmatan Pakej Haji Kaedah TH Swasta.

siapakami
ASH-HAR telah ditubuhkan pada 3 Mac 1994 oleh Tuan Haji Ahmed Shukri b Haji Ab Rahman yang juga merupakan Pengarah Urusan ASH-HAR. Selain itu, beliau juga merupakan Pengetua atau ‘Mudir’ di sebuah sekolah agama rakyat bernama Madrasah Muhammadiah yang terletak di Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan, dan telah mendapat pendidikan M.A dari Universiti Islam Mekah.

Pengalaman beliau selama 12 tahun di Timur Tengah disamping menguruskan jemaah-jemaah haji dan juga penglibatan dalam persatuan pelajar sepanjang tempoh tersebut merupakan aset penting ke arah penubuhan dan kejayaan ASH–HAR Travel & Tours Sdn. Bhd.
Misi Kami

Misi utama penubuhan ASH-HAR ialah untuk menterjemah pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki oleh Pengarah Urusan syarikat dan hasil daripada pendapatan ASH-HAR sebahagiannya akan disumbangkan kepada Sekolah Agama Rakyat Madrasah Muhammadiah untuk membiayai perbelanjaan pembangunan dan penyelenggaraan yang mana pada masa ini, perbelanjaan tersebut ditanggung melalui hasil sumbangan sedekah jariah daripada orang ramai.

Adalah diharapkan dengan tertubuhnya ASH-HAR ini akan dapat sedikit sebanyak membantu membangunkan sekolah agama rakyat Madrasah Muhammadiah secara pendidikan pondok yang lebih bermakna dalam membentuk pembangunan ummah yang bersepadu.

SENARAI PAKEJ ASH-HAR TRAVEL & TOURS SDN BHD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>