Select Page

Contoh Aturcara Haji

TARIKH
 ATURCARA
HARI
01
Jemaah dikehendaki berkumpul  di Kelana Jaya, di khemah yang
ditetapkan oleh Wira Saujana Travel & Tours Sdn Bhd.
Jemaah hendaklah bersiap sedia memakai pakaian Ihram dari Kelana Jaya. Berniat Umrah di Qarnul Manazil.
MEMAKAI IHRAM (WAJIB)
HAJI TAMATTUK : IHRAM UMRAH
Jemaah berniat mengerjakan umrah dahulu kemudian melaksanakan
haji pada 9 Zulhijjah.
Nota : Bagi yang mengerjakan Haji Tamattuk mereka dikehendaki
membayar dam seekor kambing.
HAJI IFRAD : IHRAM HAJI
Haji Ifrad ialah mengerjakan Haji dahulu sebelum mengerjakan
umrah.
Jemaah akan bertolak ke Jeddah dari KLIA. Setibanya di Jeddah
jemaah akan diperiksa oleh Pihak Imigresen. Seterusnya jemaah perlu
menyelesaikan proses pengambilan bagasi dan kemudian akan menaiki bas yang ditetapkan oleh pihak Tabung Haji. Setibanya di Mekkah, jemaah dibawa ke Maktab terlebih dahulu seterusnya dibawa mendaftar masuk ke Hotel Nada Deafah.
Daftar masuk hotel dan kemudian jemaah bebas melakukan aktiviti
sendiri.      
HAJI TAMATTU’ – Jemaah bolehlah melakukan Tawaf Umrah dan Saie Umrah serta bertahallul.
HAJI IFRAD
Jemaah bolehlah melakukan Tawaf Qudum dan Saie haji sahaja.
HARI
02-03
Jemaah bebas melakukan aktiviti sendiri.
HARI
04
Ceramah agama berjadual oleh Ustaz
HARI
05-06
Jemaah bebas melakukan aktiviti sendiri.
HARI
07
Ceramah agama berjadual oleh Ustaz Syed Naqjamudin
HARI
08
Jemaah bebas melakukan aktiviti sendiri.
HARI
09
Ceramah agama berjadual oleh Ustaz
HARI
10
Pada petang 8 Zulhijjah, jemaah haji akan bertolak ke Arafah untuk berwukuf. Bagi jemaah yang mengerjakan Haji Tamattu’ hendaklah memakai
Ihram dan berniat Ihram Haji.
Bagi jemaah yang mengerjakan Haji Ifrad tidak perlu berniat
ihram.
HARI
11
Jemaah hendaklah, memperbanyakkan ibadat, doa & mendengar khutbah, Sunat untuk keluar di tanah lapang untuk berdoa.
Selepas terbenam matahari jemaah akan bertolak ke Mudzalifah untuk bermabit  (bermalam). Jemaah hendaklah mengutip anak batu sebanyak
70 biji
untuk tujuan melontar di Jamrah (Mina).  
HARI
12-14
Setelah sampai di khemah haji di Mina, berehat seketika. Melontar Jamarat Aqabah pada waktu yang ditetapkan iaitu pada 10 Zulhijjah. Pada 11,12 dan 13 Zulhijjah, jemaah akan bermalam di Mina dan melontar Jamarat Aqabah, Wustha dan Ula pada setiap hari berikut. Setiap lontaran dengan 7 biji batu bagi setiap jamarat.
HARI
15
Pada 13 Zulhijjah setelah selesai melontar Jamarat, jemaah boleh bersiap-siap untuk pulang ke Mekkah mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak muasassah.
HARI
16-19
Jemaah bebas melakukan aktiviti sendiri. Ceramah agama berjadual oleh Ustaz.
HARI
20
Bagi jemaah yang ingin melakukan Umrah,sila berkumpul di lobi hotel untuk ke tempat miqat.
HARI
21-22
Jemaah bebas melakukan aktiviti sendiri. Ceramah agama berjadual oleh Ustaz
HARI
23
Jemaah akan dibawa ke tempat bersejarah di Kota Mekkah seperti Jabal Thur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Mudzalifah, Jamrah    di Mina dan
akhir sekali  ke Ja’aranah. Bagi jemaah yang ingin melakukan Umrah boleh lah bersiap sedia dengan pakaian Ihram.
HARI
24-26
Jemaah bebas melakukan aktiviti sendiri. Ceramah agama berjadual oleh Ustaz.
HARI
27
Bagi jemaah yang ingin melakukan Umrah,sila berkumpul di lobi hotel untuk ke tempat miqat.
HARI
28
Jemaah bebas melakukan aktiviti sendiri.
HARI
29
Bagi jemaah yang ingin melakukan Umrah,sila berkumpul di lobi hotel untuk ke tempat miqat.
HARI
30-31
Jemaah bebas melakukan aktiviti sendiri.Ceramah agama berjadual oleh Ustaz.
HARI
32
Bagi jemaah yang ingin melakukan Umrah, sila berkumpul di lobi hotel untuk ke tempat miqat.
HARI
33
Jemaah bebas melakukan aktiviti sendiri.
HARI
34
Jemaah akan bertolak ke Medinah. Setibanya di Medinah, jemaah akan dibawa mendaftar masuk hotel Anwar Al Madinah Movenpick. Kemudian jemaah bebas melakukan aktiviti sendiri.
HARI
35
Ceramah agama berjadual oleh Ustaz
HARI
36
Jemaah dibawa Ziarah Dalam seperti Makam Rasulullah S.A.W dan Perkuburan Baqi. – dipandu oleh mutawif lelaki dan wanita secara berkumpulan (kali pertama sahaja). Kemudian jemaah bebas beribadat dan melakukan aktiviti sendiri.
HARI
37
Jemaah bebas melakukan aktivit sendiri.
HARI
38
Jemaah akan dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah di kota Madinah seperti Jabal Uhud, Masjid Quba, Masjid Qiblatain-lalu sahaja, Masjid Tujuh-lalu sahaja dan akhir sekali ke Pasar Kurma @ Ladang kurma di pandu oleh Mutawwif kami disana.
HARI
39-41
Ceramah agama berjadual oleh Ustaz. Jemaah bebas melakukan aktiviti sendiri.
HARI
42
Jemaah akan bertolak ke Lapangan Terbang Medinah untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur
TERTAKLUK PADA PERUBAHAN