PAKEJ HAJI WIRA SAUJANA Travel

Wira Saujana Travels & Tours Sdn Bhd merupakan salah satu daripada 19 buah syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang berdaftar dengan Lembaga Tabung Haji (LTH). Alhamdulillah, selama 4 tahun ( 2012 – 2016) kami telah memajak Hotel Nada Deafah di Mekah yang terletak hanya 180 meter ke Masjidil Haram. Untuk penginapan di Madinah pula, kami secara konsisten menggunakan Hotel Anwar Al-Madinah Movenpick sepanjang beroperasi sebagai pengelola pakej haji. Hal ini kerana kami begitu komited dalam menyediakan penginapan yang dekat dan selesa kepada para tetamu Allah. Hotel terbesar di Arab Saudi ini bertaraf 5 bintang dan terletak hanya 20 meter sahaja dari Masjid Nabawi. Bertepatan dengan misi syarikat yang mementingkan perkhidmatan haji yang berkualiti, kami juga selektif dalam memilih pembimbing ibadat haji yang akan bersama jemaah kami di Tanah Suci. Antara tokoh-tokoh agama yang telah bekerjasama dengan kami adalah Ustaz Haji Mayikhi Omar (2011),  Al-Habib Ali Zaenal Abidin (2013) dan Al-Habib Syed Naqjamuddin Syed Othman (2012, 2014, 2015 dan 2016).

 Syarat Tempahan Haji
  • Mendaftar dengan Lembaga Tabung Haji ( LTH ).
  • Lengkapkan borang Pengesahan Penerimaan Tawaran Perkhidmatan Haji SW-07
  • Lengkapkan borang Pendaftaran WSTTSB.
  • Membuat surat rayuan individu untuk perhatian LTH.
  • Membuat bayaran deposit RM 1,500.00 seorang bagi jemaah yang telah terpilih ( Muassasah).
  • Bayaran boleh dibuat secara TUNAI / CEK kepada:
 

WIRA SAUJANA TRAVELS & TOURS SDN BHDNo. Akaun : 8000 38 7449

Bank : CIMB BANK BERHAD

Slip Bank-in email ke : Email : ustaz@umrah-haji.com
KETERANGAN LANJUT, HUBUNGI:
019-229 6464 / 03-8926 5464
  • Baki bayaran hendaklah diselesaikan 1 bulan sebelum berlepas
  • Menyerahkan bukti pembayaran  ( faks/email) beserta nama dan tarikh penerbangan

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk tujuan pemprosesan visa haji adalah seperti berikut:-
  • Passport antarabangsa tempoh sah laku 6 bulan dari tarikh berlepas diserahkan kepada LTH setelah terpilih.
  • Menerima buku rekod kesihatan dari LTH dan melakukan pemeriksaan kesihatan seterusnya mengemaskini status kesihatan di LTH.
  • 2 keping gambar berukuran 6cm x 4cm, berlatar belakang putih, wanita hendaklah bertudung gelap & tanpa memakai songkok / kopiah bagi lelaki diserahkan pada LTH.
  • 2 keping gambar ukuran passport diserahkan kepada WSTTSB.
  • Dokumen sokongan yang wajib disediakan mengikut status pemohon seperti salinan surat beranak, salinan kad pengenalan waris dan salinan surat nikah. (Rujuk kepada pegawai LTH).

Tinggalkan Balasan