C-UPAH HAJI

upah haji
FIRMAN ALLLAH S.W.T
Dan kamu sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah” 
(Al-Baqarah : 196). 

Seorang wanita bertanya Nabi saw tentang ayahnya yang meninggal dunia dalam keadaan belum mengerjakan Haji. Nabi S.A.W berkata kepada wanita tersebut, “Tunaikanlah Haji bagi pihak ayahmu”.
(Hadis riwayat An-Nasaie).
 
Para TETAMU yang ingin melaksanakan Ibadah Haji untuk Arwah Ibu/ Bapa / Adik-beradik / Saudara Mara atau sebagianya, sila buat Tempahan dengan kadar SEGERA. Ini memandangkan Permintaan yang Amat Tinggi, & dibimbangi untuk anda tiada Mutawwif untuk melaksanakan hajat anda. Untuk Keterangan Lanjut [Klik] atau baca dibawah : 
 
Buat Pendaftaran & Tempahan
BADAL HAJI @ UPAH HAJI – TERHAD 60 orang sahaja
(Bagi Yang Uzur atau Telah Meniggal Dunia)
 
Kami menyediakan perkhidmatan mengerjakan BADAL HAJI @ UPAH HAJI untuk Saudara Mara, Sahabat Taulan tuan/ puan yang telah kembali ke Rahmatullah atau mereka yang uzur bagi memenuhi kewajipan RUKUN ISLAM ke-5.

Kos Badal@Upah Haji & Umrah adalah sebanyak RM2000 sahaja, kos meliputi:

Insyaalah Upah Haji ditunaikan oleh pelajar dari Malaysia, Indonesia dan Fathani yang berada di Makkah dan Madinah .
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut
  • Sewa khemah wukuf di Arafah
  • Sewa khemah melontar di Mina
  • Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
  • Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
  • Upah tawaf dan saie’ haji
  • Upah tawaf dan saie’ umrah
  • Belanja urusan di tanah air; urusan penghantaran wang, urusan penghantaran sijil.

Khas Bagi Yang Uzur atau Telah Meninggal Dunia

PENGENALAN:
Hukumnya WAJIB bagi waris yang MAMPU. Barangsiapa yang mampu menyambut panggilan haji, kemudian kerana sakit atau lanjut usia tidak dapat melaksanakannya, maka dia diharuskan meminta orang lain untuk menghajikannya. (Badal Haji / Upah haji)
DALIL:
Hal ini berdasarkan hadis riwayat Fadl bin Abbas ra. Bahawa seorang wanita dari Bani Khats’am berkata, “Wahai Rasulullah saw.! Sesungguhnya Allah telah mewajibkan haji kepada hamba-Nya, bapaku seorang yang sudah berumur, tidak mampu mengadakan perjalanan, apakah boleh aku menghajikannya?” Rasulullah saw. menjawab, “Boleh.” 
Ini pendapat Imam Syafi’i, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah. Sementara Imam Malik berkata, “Tidak wajib.”
Apabila seorang yang sakit setelah dihajikan sembuh: Maka kewajiban hajinya tidak gugur. Yang bersangkutan wajib mengulanginya. Menurut Imam Ahmad kewajibannya telah gugur. Barangsiapa yang melaksanakan haji nazar sementara dia belum melaksanakan haji Islamnya, maka haji nazarnya itu dibalas sebagai haji Islam dan setelah itu ia harus menunaikan haji nazarnya.
Barangsiapa yang meninggal dunia, belum malaksanakan haji Islam atau haji nazar, maka walinya wajib untuk menunaikan haji tersebut dengan biaya dari harta si mati. Ini pendapat ulama Syafi’i dan Hambali. Ulama Hanafi dan Maliki berpendapat, “Ahli waris tidak wajib menghajikan si mayit kecuali jika si mayit mewasiatkannya, maka ia dihajikan dengan biaya tidak lebih dari sepertiga harta warisan.”
Syarat orang yang mengerjakan haji badal:
Orang yang melaksanakan haji badal / upah haji disyaratkan sudah melaksanakan haji untuk dirinya baik mampu atau tidak.
Dalil:
Hal ini berdasarkan hadis riwayat Ibnu Abbas r.a., Bahawa Rasulullah S.A.W. mendengar seorang laki-laki berkata, “Aku penuhi panggilan-Mu untuk Syabramah.” Rasulullah saw. bertanya, “Apakah engkau telah melaksanakan haji untuk dirimu?” Ia menjawab, “Belum.” Beliau bersabda, “Hajilah untuk dirimu kemudian laksanakan haji untuk Syabramah.”
Jadi apa tunggu lagi wahai para muslimin. Tunaikanlah badal  haji / upah haji  untuk arwah bonda, ayahanda, datuk nenek, moyang dan sesiapa sahaja yang masih tidak mengerjakan haji sama ada kerana uzur atau yang telah kembali ke rahmatullah…

Daftar Sekarang-BADAL HAJI @ UPAH HAJI – TERHAD 60 orang sahaja

KELEBIHAN | AQIQAH RAMADHAN | AQIQAH KAMBING | AQIQAH LEMBU | NAZAR KAMBING | BINATANG KORBAN & AQIQAH | CARA TEMPAH | BORANG

Program Lain : Khatam Quran Yasin Tahlil | Sumbangan Fi Sabilillah | Tempah Program

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>