Select Page

12 Hari 10 Malam ( Kul-Med-Jed-Kul)

ATURCARA UMRAH
12 HARI 10 MALAM (Kul-Med-Jed-Kul)
Hari Ke 01
Kuala Lumpur – Medinah
Jemaah di kehendaki berada di KLIA sekurang-kurangnya 4 jam sebelum berlepas iaitu pada jam 11 pagi.  Berkumpul dikaunter K. Setibanya di Lapangan Terbang Medinah dan setelah selesai urusan Imigresen dan Kastam, para jemaah akan di sambut oleh wakil kami dan dibawa ke hotel dengan menaiki bas dan seterusnya mendaftar masuk ke Hotel Anwar Al Madinah Movenpick.
Hari Ke 02
Medinah – Ziarah Luar
Ziarah tempat bersejarah di kota Medinah :  Masjid Quba, Jabal Uhud, Masjid Qiblatain – lalu sahaja, Masjid Tujuh-lalu sahaja dan akhir sekali ke Pasar Kurma @ Ladang Kurma di pandu oleh Mutawif kami disana.
Hari Ke 03
Medinah – Ziarah Dalam
Ziarah Dalam di kota medinah, Saqifah Bani Saadah, Muzium Asma’ Al Husna, Masjid Ali, Abu Bakar, Al-Qamamah, Rumah Abu Ayub Al Ansari, Perkuburan Baqi, Makam Rasulullah S.A.W dan (dipandu oleh mutawif lelaki & wanita untuk kali pertama sahaja). Kemudian jemaah bebas beribadat dan melakukan aktiviti sendiri.
Hari Ke 04
Medinah – Mekah
Jemaah bebas beribadat dan melakukan aktiviti sendiri sementara menunggu waktu untuk berlepas ke Mekah.  Selepas Solat Zohor perjalanan akan diteruskan ke Mekah dengan menaiki bas dan singgah sebentar di Bir Ali untuk bermiqat Ihram ( siap sedia berpakaian Ihram).  Setibanya di Mekah, jemaah akan dibawa mendaftar masuk ke Hotel Nada Deafah. Setelah berehat seketika jemaah akan dibawa melakukan ibadat umrah dengan dipandu oleh Mutawif.
Hari Ke 05 – 07
Mekah
Jemaah bebas beribadat dan melakukan aktiviti sendiri.
Hari Ke 08
Mekah – Ziarah
Jemaah akan di bawa menziarahi beberapa tempat bersejarah di Kota Mekah seperti Jabal
Thur, Jabal Rahmah, Jabal Nur, Padang Arafah
– lalu sahaja, Mudzalifah – lalu sahaja, Mina-lalu sahaja dan akhir sekali ke Ja’aranahSesiapa yang ingin mengerjakan umrah bolehlah bermiqat di sini ( siap sedia dengan pakaian ihram)
Hari Ke 09 – 10
Mekah
Jemaah bebas beribadat dan melakukan aktiviti sendiri.
Hari Ke 11
Mekah – Jeddah
Jemaah diminta mengumpulkan bagasi masing-masing di luar pintu bilik dan menyelesaikan Tawaf Wida’ pada jam yang ditetapkan oleh pegawai bertugas di Mekah dan bebas melakukan aktiviti sendiri sementara menunggu waktu dibawa ke Lapangan Terbang Jeddah untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Hari Ke 12
Kuala Lumpur
Jemaah dijangka tiba di Kuala Lumpur sekitar jam 1.00 petang.  InsyaAllah.