Select Page

10 Hari 09 Malam (Kul-Jed-Med-Kul)

ATURCARA UMRAH
10 HARI 9 MALAM (Kul-Jed-Med-Kul)
Hari Ke 01
Kuala Lumpur – Jeddah – Mekah
Jemaah di kehendaki berada di KLIA sekurang-kurangnya 4 jam sebelum berlepas iaitu pada jam 2 petang.  Berkumpul dikaunter K.  Jemaah perlu bersiap sedia dengan pakaian ihram dan akan berniat diatas Kapal Terbang-Qarnul Manazil – akan diumumkan oleh juruterbang.  Setibanya di Lapangan Terbang Jeddah dan setelah selesai urusan Imigresen dan Kastam, para jemaah akan di sambut oleh wakil kami dan dibawa ke hotel dengan menaiki bas dan seterusnya mendaftar masuk ke Hotel Nada Deafah.  Setelah berehat seketika jemaah akan dibawa untuk melakukan Ibadat umrah di pandu oleh Mutawif
Hari Ke 02 – 03
Mekah
Jemaah bebas beribadat dan melakukan aktiviti sendiri.
Hari Ke 04
Mekah – Ziarah Luar
Jemaah akan di bawa menziarahi beberapa tempat bersejarah di Kota Makah seperti Jabal
Thur, Jabal Rahmah, Jabal Nur, Padang Arafah
– lalu sahaja, Mudzalifah – lalu sahaja, Mina-lalu sahaja dan akhir sekali ke Ja’aranahSesiapa yang ingin mengerjakan umrah bolehlah bermiqat di sini ( siap sedia dengan pakaian ihram)
Hari Ke 05 – 06
Mekah
Jemaah bebas beribadat dan melakukan aktiviti sendiri.
Hari Ke 07
Mekah – Medinah
Jemaah dikehendaki mengumpulkan bagasi masing-masing di luar bilik dan mengerjakan Tawaf Wida’ mengikut jadual petugas di KSA, kemudian bertolak ke Medinah.  Setibanya di Medinah jemaah di bawa ke Hotel Anwar Al Madinah Movenpick
Hari Ke 08
Medinah – Ziarah Dalam
Ziarah Dalam di kota medinah, Saqifah Bani Saadah, Muzium Asma’ Al Husna, Masjid Ali, Abu Bakar, Al-Qamamah, Rumah Abu Ayub Al Ansari, Perkuburan Baqi, Makam Rasulullah S.A.W dan (dipandu oleh mutawif lelaki & wanita untuk kali pertama sahaja).
Hari Ke 09
Medinah – Ziarah Luar – Jeddah
Ziarah tempat bersejarah di kota Medinah :  Masjid Quba, Jabal Uhud, Masjid Qiblatain – lalu sahaja, Masjid Tujuh-lalu sahaja dan akhir sekali ke Pasar Kurma @ Ladang Kurma di pandu oleh Mutawif kami disana. Jemaah diminta mengumpulkan bagasi masing-masing di luar pintu bilik pada jam yang ditetapkan oleh pegawai bertugas di Medinah untuk berangkat ke lapangan terbang di Jeddah.
Hari Ke 10
Jeddah Airport
Ketibaan di Kuala Lumpur dijangka pada jam 3.35 petang.  InsyaAllah.