3. Pakej Umrah Ziarah Istanbul

 

PAKEJ
UMRAH ZIARAH
ISTANBUL
14 HARI 12 MALAM
Hari – 01 ( Jumaat, 08 Mei)
KUALA LUMPUR – DOHA (QR853, 0300/0530)
DOHA – ISTANBUL (QR239, 0740 / 1220)
12.00 Tengah Malam – Semua jemaah diminta berada di Airport KLIA untuk urusan daftar masuk sekurang-kurangnya 3 jam sebelum berlepas.  Passport, tiket dan
boarding pass akan diserahkan kepada jemaah untuk bertolak ke Madinah selepas
urusan “Check-In’ selesai.
3.00  Pagi                             Berlepas ke Doha
5.30 Pagi                              Tiba di Doha
7.40 Pagi                              Bertolak ke Istanbul
12.20 Tengah Hari – Dijangka tiba di Istanbul.  Selesai urusan kastam &
Imigresen, Jemaah akan berjumpa dengan wakil kami diluar.  Jemaah di bawa terus ke hotel atau boleh memulakan lawatan ke Masjid Abul Ayyub Al Ansari dan makan tengahari.  
Balik ke hotel dan check in.  Makan malam disediakan.
HARI – 02 (SABTU, 09 MEI)
ISTANBUL
Sarapan di hotel.  Selepas itu Jemaah dibawa melawat Masjid Biru, Hippodrome, St Sphia, dan Istana Topkapi, dimana, di bahagian yang terdapat barang-barang peninggalan Rasulullah S.A.W.  Kemudian makan tengahari di restoran tempatan.  Selepas itu ke Grand Bazaar untuk aktiviti membeli belah.  Balik ke hotel bermalam dan makan.
HARI – 03 ( AHAD, 10 MEI)
ISTANBUL
Selepas sarapan pagi, jemaah bebas melakukan aktiviti sendiri sehingga transfer ke Airport untuk penerbangan ke Jeddah.
HARI – 04 (ISNIN, 11 MEI)
ISTANBUL – JEDDAH (TK96, 0110/0505)
Sarapan di hotel.  Aturcara bebas.  Sebelum check out hotel, jemaah bolehlah mandi sunat ihram dan juga mengerjakan solat sunat ihram dan mengenakan pakaian ihram.  Selepas itu, jemaah dibawa ke lapangan terbang Sabiha untuk berangkat ke Jeddah pada awal pagi.  Semasa di dalam perjalanan ke lapangan terbang jemaah akan menikmati sekali lagi pemandangan Bandaraya Istanbul.
1.10 pagi        Berlepas ke Jeddah
5.05 pagi        Dijangka tiba di Jeddah.
Setiba di Jeddah, jemaah akan disambut oleh wakil syarikat dan muassasah dan dibawa ke Mekah dan terus check in di hotel dan berehat serta makan sementara menunggu Mutawif yang akan mengiringi jemaah ke Masjidil Haram bagi menyempurnakan rukun Umrah iaitu, Tawaf, Saei dan Tahallul.
HARI – 05 (SELASA, 12 MEI)
MEKKAH
Jemaah bebas mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram.  Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
‘Solat di Masjidku ini (Masjid Nabawi) adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram, solat di Masjidil Haram lebih afdhal daripada 100 kali solat di masjidku ini (iaitu 100 ribu kali daripada masjid lain) ‘. (HR Imam Ahmad, Sahih)
HARI – 06 (RABU, 13 MEI)
MEKKAH
Selepas sarapan pagi, jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Makkah seperti Jabal Thur, Arafah, Jabal Rahmah, Jabal Nur, Muzdalifah dan Mina (tempat melontar seperti Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah).  Jemaah akan dibawa ke Ja’ranah (salah satu tempat yang berada di luar Tanah Haram Makkah) untuk berniat umrah dan seterusnya kembali ke Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah.
HARI – 07- 09 (KHAMIS – SABTU, 14 – 16 MEI)
MEKKAH
Jemaah bebas mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram.  Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Solat di Masjidku ini (Masjid Nabawi) adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram, solat di Masjidil Haram lebih afdhal daripada 100 kali solat di masjidku ini (iaitu 100 ribu kali daripada masjid lain) ‘.(HR Imam Ahmad, Sahih)
HARI – 10 (AHAD, 17 MEI)
MEKKAH – MEDINAH
Semasa turun untuk solat waktu, jemaah diminta membawa barang-barang dan diletakkan di lobi.  (Jemaah boleh memilih untuk bergerak awal pagi, sekiranya mahu mendapat solat Jumaat di Masjidil Nabawi ataupun bergerak selepas Solat Jumaat).  Selepas melakukan Tawaf Wada’, jemaah bergerak ke Madinah, Setiba di Madinah jemaah dibawa terus ke Hotel untuk berehat.  Sekiranya berkesempatan, jemaah boleh melakukan ziarah dalam, secara bersendirian atau diringi wakil kami,  iaitu menziarahi
maqam Rasulullah S.A.W, dan maqam para sahabat R.A dan raudhah.  Aturcara bebas.
HARI – 11 (ISNIN, 18 MEI)
MEDINAH (ZIARAH DALAM)
Selepas sarapan pagi, jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi Makam Rasulullah dan para sahabat, Raudhah serta sekitar Perkuburan Baqi’.  Selesai ziarah, jemaah bebas untuk beribadat di Masjid Nabawi.  Kelebihan bersolat di Masjid Nabawi sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud” ‘Pahala solat di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram ‘ (HR Bukhari dan Muslim)
HARI – 12 (SELASA, 19 MEI)
MEDINAH (ZIARAH LUAR)
Selepas sarapan pagi, jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah sekitar Madinah seperti Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan Pasar Kurma.  Selepas itu jemaah bebas beribadat.
HARI – 13 (RABU, 20 MEI)
MEDINAH – DOHA (QR1177, 1615/1825)
DOHA – KUALA LUMPUR (QR844, 2005/0825+1)
Semasa turun untuk solat zohor, jemah diminta membawa barang-barang dan diletakkan di lobi.  Jemaah kemudiannya ke Masjidil Nabawi untuk menunaikan ziarah Wada’ dan akan berangkat ke lapangan terbang selepas itu.
4.15 petang               Bertolak ke Doha
6.25 petang               Dijangkan tiba di Doha
8.05 malam               Berlepas ke Kuala Lumpur
HARI – 14 (KHAMIS, 21 MEI)
KUALA LUMPUR
8.25 pagi                    Dijangka tiba di KLIA
HARGA PAKEJ
           
HARI
BERTOLAK
TARIKH
HOTEL MEDINAH
SOFARAA AL HUDA @ SETARAF ( 80 – 150
METER)
HOTEL MEKKAH
HANEEN FIRDAUS @ SETARAF (250 – 300 METER)
ISTANBUL
VENERA HOTEL @ SETARAF
BERDUA
BERTIGA
BEREMPAT
JUMAAT
08 MEI
RM10,270.00
RM9,720.00
RM9,450.00
v
Harga tertakluk kepada perubahan (mengikut kadar semasa bayaran tiket penerbangan, hotel dan pertukaran matawang
Aturcara perjalanan tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa ketika berada di tanah suci.

Tinggalkan Balasan